apa ada dalam

orang satu.

"aku hairan. kenapa dia yang dulunya seorang penagih, kini berjaya dengan kereta BMW dia. apa ilmu kebal dia pakai itu cukup kebal. Apa mungkin makin tebal. Aku rasa hairan dengan ini semua"


orang dua.

"ah. apa ini dipanggil nasib. nasib dalam hidup. mungkin rezekinya berjaya lepas gagal. dulu dia sampah. sekarang dia tidak lagi dipanggil sampah. hidup menongkah kejayaan. bagus lah. ada kemajuan hidup"


orang tiga.

"tak juga. mungkin ibu ayah dia kaya, hantar dia ke pusat pemulihan dan kemudian dia berubah. perubahan dia buat dia berjaya sekarang. makin mara untuk membangun. tak mengundur hidup. tak menutup nasib. dia mencuba bro"

aku.

"aku rasa dalam dalam soal kita semua ada benarnya. paling tepat aku rasa begini, dalam banyak banyak hati yang tertulis untuk kita adalah hati yang ringan menulis lidah mereka dengan nama Allah. dia hidup sampah dulu tidak bertuhan. tapi sekarang hatinya tuhan sudah didalam. dia yang rasa"

untuk diri

'lepas ini aku tahu sudah, kalau benar orang kata luka itu dusta. rasa aku itu parah"

lagi baik menikam diri di belakang hati sendiri.

simpan sunyi

dia seorang.
dan dia selalu bersama hati hati dia sendiri.
dia seorang.
dan dia selalu berteman dengan rasa rasa dia sendiri.


kali ini dia berteman berdua.
dan kali ini teman dia itu doa.
kali ini dia bersama seri.
dan kali ini teman dia itu ketenangan.

adapun dia ini seorang seorang.
adapun dia ini membawa pergi rindu sendiri sendiri.
adapun dia ini seorang yang bisu.
rasa dihati tersimpan sunyi masih punya rasa.
ya. masih tetap punya rasa.

"biarkan berbisu disuara, jangan berbisu dengan hati"