oh tuhan

dalam diri yang menggigil pada tubuh ini, pasti ada rasa takut pada-Mu.
dalam hati yang mencari pada ketenangan ini, pasti ada rasa hadir hadir-Mu.

dan tolong.

jauhkan aku dari belangkas belangkas hina dunia.
dari sampah yang jijik.
dari benda yang kotor.
jauhkan ini.
dan jauhkan semuanya.

dua puluh tahun untuk kali yang ke sepuluh

tahun ini dalam ramadhan yang ke dua puluh dalam hidup, sekali lagi aku berpuasa tanpa ada sepasang tubuh yang dipanggil ibu. buat kali ke sepuluh ini, sahur aku tak siapa ada kejutkan untuk jamah sebiji tamar. tak siapa. cuma ada kenangan. cuma ada yang senyum rindu dari seorang anak.

tahun ini dalam ramadhan yang ke dua puluh dalam hidup, berbuka mana rezeki yang ada tanpa ada juadah masakan sepasang tubuh yang dipanggil ibu. buat kali ke sepuluh ini, baju raya tak siapa jahit untuk aku pakai dibulan syawal. cuma ada baju masa kecil kecil dulu, yang aku sarung tidak muat. cuma dapat cium sulaman baju ibu itu.

tahun ini dalam ramadhan yang ke dua puluh dalam hidup. perlu ada rasa ketabahan, perlu ada rasa kesedihan, perlu ada rasa kekosongan. biar ramadhan kali ini, ibu di dunia sana, sedang perhati seorang anak dalam rindu meniti ramadhan dengan tawakkal. penuh kesabaran.

rindu ibu.

10 ramadhan yang rahmat ini doa untuk aku seorang anak yang merindu.
10 ramadhan yang datangnya keampunan doa untuk gugurnya dosa dosa aku.
10 ramadhan yang dilepaskan dari azab neraka doa untuk semua yang aku kenali.

aku tahu.
tuhan beri apa yang aku perlu.
bukan apa yang aku mahu.
aku patut hargai.

Hasil kerja aku dan kawan kawan di PADI@UPM2012 "Multimedia Competition"

PADI@UPM2012 24th Architectural Workshop










ok. kali ini aku datang ke sana dengan 1 hajat. mahu timba pengalaman dunia komukas dengan pelajar-pelajar arkitek satu malaysia. lagi tepat 1 padi. setakat ini, cuma ada satu rasa aku disana. rasa bahagia. dan mungkin akan jumpa kawan-kawan lagi pada tahun depan di DUALISMA@UM2013.
 
Potret "Anugerah Tuhan"ini menang dalam photography competition "Captured Moment"










terima kasih pada rakan rakan yang like dan menyokong :)

"PADI"

aku dan kawan kawan ada di PADI UPM 2012 untuk architecture workshop.
doakan aku.