maaf

sincerely, kalau aku dah minta maaf pada seseorang. aku rasa satu. tenang. tenang yang bawa aku cuba perlahan perlahan untuk bernafas. akal fikir aku jadikosong, hati beku jadilembut, tangan gelisah aku jadiringan, dan semua benda yang menjadi, semakin pulih jadinya. untuk orang orang yang macam aku ini, untuk orang orang yang berdosa macam aku ini, cuma ada satu ruang yang diberi. tuhan cuma ajar masa untuk kita kejar pada tenang. dan tuhan cuma ajar masa untuk kita cari tenang. dan kalau kita sendiri dah cari tenang, maka tenang itu akan jadi terang, walau dalamnya gelap hati, kan bersuluh juga. serious. cubalah.

ada dosa pada orang kau cuba minta maaf,
ada kala kau umpama pengemis untuk meminta maaf,
tidak apa,
sebab,
ada tuhan yang sentiasa dengar apa isi dalam kau.
dan kau kena ada satu,
percaya.

All My Love Is For You

kalaulah jatuhnya sayap burung di sungai mati,
kalaulah gugurnya daun hijau yang dah kering,
jatuh dan gugurnya tetap sama dibawah,
dibawah yang kaki awak berpijak diatas,
diatas yang kita panggil ia "tanah".

satu tanah yang saya rasa kita semua rasa benda yang sama.
mati, hidup, cinta, nafas,
semua di atas tanah.
semua.

baru nak mula bernafas esok

esok tengah hari aku dah mula praktikal selama 3 bulan setengah di firma arkitek kota damansara. tak jauh dari rumah, tapi dekat dengan rumah. doakan aku selama 3 bulan ini. tengah panaskan badan dalam dunia design di tempat orang. baru nak mula bernafas esok.

ibu abah doakan abang.
nenek kat kampung, kita takut nak praktikal ni. doakan.
awak yang tersayang, doakan saya. takut ni.
kawan kawan, doakan hamba.

hati

tolong koyak koyak apa dalam ini sebab semua kerja jadi serba tak kena.

tolong cakap cakap apa dalam ini masih mampu menanggung.

tolong jujur tentang isi isi didalam ini satu adakah satu luka.

sebab sekarang cuma aku ada satu rasa. rasa takut. rasa nak mati.

semua soalan tentang hidup, takkan habis dijawab

kadang kadang dalam hidup ini ada satu ruang kosong yang perlu kita isi. kadang kadang ruang kosong itu kejap ada dan kejap tiada. dan kadang kadang juga, ruang yang aku cakapkan ini langsung tiada. dan ruang ruang yang buat aku keliru itu umpama soalan takkan habis dijawab. takkan.

samalah seperti manusia. manusia ini ada mulut. dan mulut manusia ini adalah gatal. kata kata dari mulut manusia ini tajam. tajam tajam yang buat orang keliling kita rasa mual dengan sikap diri kita sendiri. baik duduk. baik diam. baik muhasabah diri. baik baik.

"tak pernah cukup ke soalan untuk hidup.
 dan,
tak penah cukup ke jawapan yang dihirup.

tak pernah cukup ke ruang yang diberi,
dan
tak pernah cukup ke sampai mahu lari"

kalau ada orang tanya pasal ruang. jawab kosong. kalau ada orang tanya pasal cinta. jawab lari. kalau ada orang tanya pasal jiwa. jawab mati. kalau ada orang tanya pasal khabar. jawab baik dan terima kasih.

*betul kata arwah ibu, mulut manusia ini mulut binasa. mulut celaka barangkali. dan tak perlu jawab apa apa dari mulut yang sakitkan hati diri. sebab semua soalan tentang hidup, takkan habis dijawab. takkan.