der

seronok gila praktikal. 3 minggu dah macam macam aku buat. kalau kena balik lambat, lepas office hour buat kerja sambil tarik muka. so boss tahu lah aku tengah ketat. nak tak nak memang kena stay lah. sebut pasal praktikal ni, life architect memang tiada kot. bila datang projek baru, kena hanle lah. projek lama ? kena juga pegang. sengap weyh. banyak ouh kerja.

aku rasa rasa habis praktikal nak cepat ambil bachelor lah. masa bachelor nanti nak buat yang baik baik. macam macam dapat masa praktikal. takkan tak nak keluarkan advance kita. ye dak ?

hopefully the life with colour. dont want without colourfull. tension ouh.


belum render lagi. ini mockup je. pengalaman buat high-rise. ada 2, tapi 1 dulu lah. ya

dua puluh tahun, sembilan belas sembilan puluh dua

dua puluh tahun.
banyak yang dah aku kerjakan.
perkara dari atas ke bawah.
perkara dari bawah ke atas.
dan.
perkara dari kiri ke kanan
dari kanan ke kiri.

dua puluh tahun.
ini kali yang ke sepuluh tanpa ada ucapan dari sepasang tubuh yang aku panggil ibu.
dua puluh tahun.
ini kali yang ke sepuluh tanpa ada suapan dari sepasang tubuh yang aku panggil ibu.
dua puluh tahun.
sembilan belas sembilan puluh dua.
ini kali tiada harap lagi sepasang tubuh yang aku panggil ibu untuk peluk cium aku.
tapi ini kali ada doa dari aku untuk dia.

dari seorang anak yang merindu.
yang lahir dari perut buncit seorang ibu.
yang besar dari hadaman susu seorang ibu.
yang manja dari belaian kasih seorang ibu.
semuanya hanya dia yang dari seorang.
ibu.

doa aku.
dua puluh tahun.
sembilan belas sembilan puluh dua ini.
ucap dari seorang anak yang merindu.

"terima kasih kau menjaga aku walau seketika, terima kasih kau untuk aku merindu"