Tirai Rindu

Aku hari ini lemah. Lemah dari segala rasa segala. Yang pasti aku mula rindu. Rindu pada titik titik nokhtah yang buat aku sedar akan kenal seorang hati. Hati yang aku pegang, Cuma dalamnya ada perit buatnya. Sakit buatnya. Kejam bukan aku. Lemah di atas meditasi satu perkataan manusia. Cinta.


Cinta itu buta. Ya, buta. Buta sebab aku yang pilih jalan untuk buta. Buta yang hanya bertongkat dengan nasib. Nasib malang mungkin. Barangkali berbaur malang yang tidak berbau. Sial bukan aku ini. Lumpuh dengan segala rasa segala. Bangsat.


Apa ini karma tuhan. Tuhan yang aturkan. Dicaturnya buat aku yang lemah. Lemah umpama satu kelopok bunga mudah terbang bersama angin. Cuma bezanya aku, lemah sebab keadaan sekeliling aku sendiri. Mananya tidak, aku yang pilih jalan aku. Aku sendiri.


Cuma aku lewatkan sedikit masa. Supaya dibenak fikir aku, ada ruang untuk masa aku fikir masa itu berharga. Bukan sama dengan harga emas. Tapi tulennya macam emas. Baru aku sedar apa itu nilainya, cinta. Cinta yang kata ibu, kau pegang kau dapat, cinta yang kata abah, kau punya nanti dan cinta yang kata dari kawan, kau punya malang bakal menimpa.


Ada tiga, mana satu aku percaya. Mana satu perlu aku percaya. Kejam bukan dunia ini. Mentafsir apa aku lakukan bagi mereka semua jahat. Jahat yang sekalinya sememang jahat sebangsatlah. Perit bukan kalau kau orang jadi aku. Selalu ditindas, diuji, diherdik sebab cinta. Cuma aku kuat sebab kata-kata aku kadang kadang buat orang selesa dengan mulut aku. Serius, mulut aku tak berbau bangkai. Cuma buat aku buat bangkai.


Betul kata nenek, dia selesa aku berada di kampong. Dirumahnya aku suka duduk seorang seorang. Ditepi tingkap kayu yang panjang. Termenung mendongak langit berisi awan biru, awan mendung dan awan hujan. Dan, aku yakin, jendela rindunya tidak usang. Ya, aku yakin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri | 2013 | Khairul Akhmal

Kelebihan dan kenikmatan pahala yang berganda bulan Ramadhan yang mulia ini amat disanjungi,
lembaran Syawal yang akan menjemput kita disukai ramai,
justeru itu, suka aku ucapkan Salam Lebaran dari saya dan sekeluarga ikhlas dari benak hati yang tersidai.
Assalamualaikum

Ikhlas dari saya dan rakan Photography | Videography | Community _ Redshooter STUDIO

yang kembang berseri nanti


nanti ada orang datang,
siram air pada jari kita,
tabur tepung tawar pada muka kita.
masa itu kita jadi raja sehari.

dan awak adalah "bunga hati"
yang kembang berseri nanti.

pohon yang melur

pohon yang melur.
yang disisihkan oleh warna-warna melur yang lain.
jangan kecewa.
nanti ada satu pohon rendang disebelah kau tumbuh dengan mekar.
akan selalu dengan kau.

pada ranting 27 rejab, pada dahan 15 syaa'ban, kami tunggu akar Ramadhan.

sehelai daun cuba tunduk pada pencipta.
dan bongkok ketika merdu azan di laungkan oleh manusia.
terus rebah pada tanah coklat bumi.
terus tunggu untuk mati kering.
dimakan sisa masa.

sehelai daun terpasak pada pucuk sebatang pokok.
menanti juga sehelai lagi pada ranting 27 Rejab.
dibawa teman melekat pada dahan 15 Sya'ban nanti.
bagi mereka sama-sama menunggu akar Ramadhan.

bila 3 bula dekad mulia berlalu.
sehalai daun.
dan sekalian alam.
manusia juga.

akan tunduk.

pada Pencipta.
pada Yang Maha Esa.

I . B . U .


I ni adalah anugerah terindah. dimana
B ila-bila sahaja dia ada untuk kita. dan kita ada untuk dia.
U ntuk anak mu yang tercinta.

tentang luka

tentang luka,
yang tersembunyi;
manusia,
akan cuba untuk lari;
pergi,
mana-mana yang jauh.
lari pergi dari tentang luka.
terbang.
tinggi mungkin.

medan hati mula bersuara,
medan hati mula menyangkal,
medan hati mula menyanggah.

tentang luka,
kau mahu ke mana;
tentang luka,
kau harus ke mana;
tentang luka,
kau perlu ke mana.

jawapan yang sama.
juga diberi.
cuma.

ada yang menyelit.
tentang luka.
aku.
kau jangan hirau.
pergi kau.
jauh.
jauh.
aku lupa.


*****

ini adalah ruang di mana kita manusia bahagia bila lupa pada luka. bahagia bila lupa duka. sampai dua subjek ini datang pada masa. baru kita ingat tentang luka. mana mahu lari dari kenyataan sebenar. lari dari dunia. kan ?

MPP ini landasan baru. berbidas mungkin.




sedar apa tidak. masa itu sangat pantas. ada sahaja yang mencemburui aku. tidak sama seperti burung. yang terbang mengikut musim. yang berimagrasi dalam sayap berdepang jauh jaraknya. aku ini manusia jenis apa. agaknya sampai sibuk sangat. ada sahaja benda yang nak dibuat tak jadi buat. itu lah.

nak dijadikan cerita, dalam kesibukan masa ini, aku terpilih dalam MPP City UC campus. Dimana di atas landasan ini aku bersuara atas suara suara yang kebanyakannya dari kawan-kawan aku. Dimana di atas landasan ini juga aku kena menongkah langit, supaya biru awan, gelap mendung, belang pelangi menjadi saksi sebuah kelompok mahasiswa/i berbidas. ah. kena juga akhirnya aku berbidas. ingatkan tak kena. cuma aku harap ini kali ada jalannya yang tersendiri. doakan aku. dan kawan. dan semua.

Pilihanraya Campus City University College of Science and Technology
20 Mac 2013

dari-Nya

Alhamdulillah. sejak kebelakangan ini, rezeki dari-Nya melimpah ruah dalam hidup aku. moga ada semangat yang baru buat kami berdua. syukur buat-Nya atas segala. pada ibuabah, makabah dan sahabat, tidak akan kami lupa. ini rezeki kami, apa salah kami kongsi kan dengan anda semua. terima kasih. dan syukur alhamdulillah.

soal

kadang-kadang soal rasa ini buat aku mula jatuh perlahan-lahan ke bawah. dan bila pada masa itu aku mula garu kepala tertanya tanya apa soalan hidup yang patut aku beri jawapan pada takdir. entah. kadang-kadang kehidupan kita bermula dari rutin bangun pagi dan di akhiri dengan tidur malam-Nya. pada masa yang berlalu, kita sering tidak terfikir soal rasa apa yang kita mahu dari apa yang kita sendiri mahu.

bingung dengan keadaan macam ini, aku mula menongkah ke atas langit. apa bisa langit beri jawapan. tidak. langit hanya berputar dan lalu di masa masa kosong aku. moga kali ini, apa yang berlaku pada titik awal dan titik akhir supaya ada titik buta untuk aku menujah ke hadapan. menolak segala rasa di hadapan. melalui rasa di hadapan.

dan aku harap.
segala yang terlintas lepas ini,
itu adalah soal hidup dan dah punya jawapan di dalam.