Tirai Rindu

Aku hari ini lemah. Lemah dari segala rasa segala. Yang pasti aku mula rindu. Rindu pada titik titik nokhtah yang buat aku sedar akan kenal seorang hati. Hati yang aku pegang, Cuma dalamnya ada perit buatnya. Sakit buatnya. Kejam bukan aku. Lemah di atas meditasi satu perkataan manusia. Cinta.


Cinta itu buta. Ya, buta. Buta sebab aku yang pilih jalan untuk buta. Buta yang hanya bertongkat dengan nasib. Nasib malang mungkin. Barangkali berbaur malang yang tidak berbau. Sial bukan aku ini. Lumpuh dengan segala rasa segala. Bangsat.


Apa ini karma tuhan. Tuhan yang aturkan. Dicaturnya buat aku yang lemah. Lemah umpama satu kelopok bunga mudah terbang bersama angin. Cuma bezanya aku, lemah sebab keadaan sekeliling aku sendiri. Mananya tidak, aku yang pilih jalan aku. Aku sendiri.


Cuma aku lewatkan sedikit masa. Supaya dibenak fikir aku, ada ruang untuk masa aku fikir masa itu berharga. Bukan sama dengan harga emas. Tapi tulennya macam emas. Baru aku sedar apa itu nilainya, cinta. Cinta yang kata ibu, kau pegang kau dapat, cinta yang kata abah, kau punya nanti dan cinta yang kata dari kawan, kau punya malang bakal menimpa.


Ada tiga, mana satu aku percaya. Mana satu perlu aku percaya. Kejam bukan dunia ini. Mentafsir apa aku lakukan bagi mereka semua jahat. Jahat yang sekalinya sememang jahat sebangsatlah. Perit bukan kalau kau orang jadi aku. Selalu ditindas, diuji, diherdik sebab cinta. Cuma aku kuat sebab kata-kata aku kadang kadang buat orang selesa dengan mulut aku. Serius, mulut aku tak berbau bangkai. Cuma buat aku buat bangkai.


Betul kata nenek, dia selesa aku berada di kampong. Dirumahnya aku suka duduk seorang seorang. Ditepi tingkap kayu yang panjang. Termenung mendongak langit berisi awan biru, awan mendung dan awan hujan. Dan, aku yakin, jendela rindunya tidak usang. Ya, aku yakin.

Tiada ulasan: