yang kembang berseri nanti


nanti ada orang datang,
siram air pada jari kita,
tabur tepung tawar pada muka kita.
masa itu kita jadi raja sehari.

dan awak adalah "bunga hati"
yang kembang berseri nanti.

pohon yang melur

pohon yang melur.
yang disisihkan oleh warna-warna melur yang lain.
jangan kecewa.
nanti ada satu pohon rendang disebelah kau tumbuh dengan mekar.
akan selalu dengan kau.

pada ranting 27 rejab, pada dahan 15 syaa'ban, kami tunggu akar Ramadhan.

sehelai daun cuba tunduk pada pencipta.
dan bongkok ketika merdu azan di laungkan oleh manusia.
terus rebah pada tanah coklat bumi.
terus tunggu untuk mati kering.
dimakan sisa masa.

sehelai daun terpasak pada pucuk sebatang pokok.
menanti juga sehelai lagi pada ranting 27 Rejab.
dibawa teman melekat pada dahan 15 Sya'ban nanti.
bagi mereka sama-sama menunggu akar Ramadhan.

bila 3 bula dekad mulia berlalu.
sehalai daun.
dan sekalian alam.
manusia juga.

akan tunduk.

pada Pencipta.
pada Yang Maha Esa.